Hey~
Been a while since I post something here..
And god thanks I just done my speech just now,
Thought of sharing it here, since its so hard to find a malay highschool speech in Google =o="
So here it is!
Assalamualaikum WBT, salam sejahtera dan salam Satu Malaysia saya ucapkan kepada guru yang bijaksana dan tampan bergaya, ___________ serta rakan-rakan saya yang saya kagumi dan sanjungi sekalian. Alhamdullillah, saya panjatkan rasa kesyukuran ke atas Tuhan kerana memberi kelapangan dan keizinan untuk saya memberi ucapan pada pagi yang indah ini.
Seperti mana yang kita ketahui, hari ini adalah hari pilihanraya sekolah bagi memilih ketua pengawas yang baru. Saya mengucapkan jutaan penghargaan kepada _______ yang telah mencalonkan saya sebagai Ketua Pengawas bagi tahun 2011. Pilihanraya yang diadakan ini juga adalah untuk mengasah bakat kepimpinan pelajar kerana adalah tidak adil bagi pelajar jika bakat memimpin tidak diserlahkan di samping kita mahu mengenal pasti kewibawaan pelajar tersebut. Bagi pendapat saya, pilihanraya ini adalah satu daripada usaha untuk mendedahkan kepada pelajar tentang proses pilihanraya yang sering dibaca oleh pelajar dalam mata pelajaran Sejarah disamping merasai sendiri amalan demokrasi sebenar.
Saya sebagai calon ingin memperkenalkan diri saya sendiri kepada hadirin sekalian. Nama saya ialah ________ dari kelas _____. Saya ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang jurusan undang-undang dan bercita-cita untuk menjadi seorang ahli politik.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Sesungguhnya saya merasakan bahawa saya layak untuk memegang jawatan sebagai Ketua Pengawas bagi tahun 2011 kerana saya ialah seorang yang berdedikasi dan berprinsip tinggi dalam malaksanakan kewajiban saya sebagai seorang pengawas. Oleh itu pada tahun ini saya ingin menyatakan bahawa saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab yang lebih berat dan mencabar iaitu tanggungjawab menjadi seorang Ketua Pengawas pada tahun 2011.
Warga dewan yang dikasihi sekalian,
Jika saya menjadi Ketua Pengawas bagi tahun 2011, saya akan memastikan bahawa tahap disiplin pelajar-pelajar di sekolah ini meningkat, sejajar dengan gelaran _____ sebagai ’Sekolah Kluster Kecemerlangan’.
Saya akan memastikan bahawa bilangan pelajar yang datang lewat ke sekolah berkurangan. Saya dan pengawas-pengawas sekolah akan memberi markah dimerit yang sewajarnya kepada pelajar yang lewat hadir ke sekolah. Di samping itu, saya akan memastikan keadaan di luar pintu pagar sekolah terkawal dan tidak sesak agar murid-murid tidak mempunyai masalah untuk keluar dari kenderaan masing-masing kerana selama ini saya mendapat tahu bahawa murid-murid memakan masa untuk memasuki sekolah hanya kerana masalah kesesakan lalu lintas yang berlaku punca daripada kelalaian ibu bapa pelajar sendiri!
Perkara disiplin yang kedua yang ingin saya perbetulkan jika saya menjadi Ketua Pengawas 2011 ialah dengan mewajibkan pelajar-pelajar sekolah ini untuk menuruti kod berpakaian sekolah seperti yang telah ditetapkan sejak dahulu lagi. Saya mendapati bahawa pelajar-pelajar sekolah ini masih mengambil arahan kod pakaian secara sambil lewa. Oleh itu para hadirin sekalian, jika saya memenangi pilihanraya pada hari ini, saya akan melakukan pemeriksaan yang dibantu oleh pengawas-pengawas lain dari kelas ke kelas pada setiap hari untuk memastikan kod pakaian sekolah dituruti dan dihormati.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Kebelakangan ini kita telah dikejutkan dengan berita yang mengatakan bahawa telah didapati seorang warga luar sekolah telah memasuki kawasan sekolah tanpa kebenaran dalam keadaan mabuk dan berbahaya kepada warga ___. Justeru tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian, saya mencadangkan agar pihak sekolah termasuk pengawas-pengawas sekolah mengadakan kawalan yang lebih ketat untuk menjamin keselamatan warga ___. Setiap penjuru sekolah akan diperiksa untuk menghindari tempat masuk selain dari pintu pagar sekolah yang akan dikawal oleh pengawal yang terlatih. Sesiapa yang berhasrat untuk memasuki kawasan ___ harus terlebih dahulu memberi My-Kad mereka kepada pengawal ____. Kenapa? Agar kita dapat menjejak individu yang memasuki ___ andai kata kejadian yang tidak diingini berulang kembali. Langkah ini juga dapat menghindari kemasukan anjing-anjing liar yang sering dilihat berkeliaran di kawasan ___ dan mengugat keselamatan warga ___ khasnya.
Para hadirin yang dimuliakan,
Saya juga mencadangkan agar semua pengawas pada tahun ini dilatih secara fizikal dan mental. Ini kerana tuan-tuan dan puan-puan, saya lihat pengawas hanya dipilih berdasarkan keputusan peperiksaan yang memberangsangkan dan tahap kecergasan badan dan kekuatan mental tidak begitu diambil berat. Jika saya menjadi Ketua Pengawas tahun 2011, saya akan melancarkan ’Kem Pengawas Perkasa’ dimana pengawas-pengawas yang terpilih akan menjalani kehidupan persis tentera Malaysia. Mereka akan dilatih dan dipupuk dengan semangat setiakawan, tabah menghadapi cabaran atau tomohan, dan jatidiri. Golongan pengawas yang terpilih ini juga akan diajar cara hidup ’Survival’ seperti memasak dan menjahit. Dengan itu mereka secara tidak langsung akan menjadi pengawas yang berkebolehan dalam setiap aspek kehidupan.
Warga dewan sekalian,
Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, ingin saya tekankan sekali lagi bahawa saya bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang Ketua Pengawas. Ingatlah janji saya bahawa saya berjanji akan menjalankan tugas saya dengan penuh dedikasi serta adil dan saksama. Saya juga sanggup bertanggungjawab sekiranya berlaku kesalahan di bawah pentadbiran saya andainya saya menjadi Ketua Pengawas. Mohon maaf sekiranya tersalah bahasa dan tutur kata, dan pilihlah saya sekiranya anda merasakan bahawa saya layak memikul jawatan tersebut. Sekian, terima kasih.
And so that's it!
And for the shaded part, it contains the name of my school so I think it shouldn't be expossed ^^
Happy Speeching!